Terdapat banyak aktiviti senaman yang boleh wanita lakukan. Disini saya ingin memberi fokus berkenaan "Senamrobik".
Terdapat 2 keadaan bagaimana senamrobik dilakukan:
1) Dalam bentuk mass aerobik:
Disini peserta akan melakukan aktiviti di tempat yang lapang dan terbuka seperti di taman. Ia juga boleh dilakukan di dalam dewan yang dewan besar. Kebiasannya sesi mass aerobik ini disertai oleh ramai peserta. Bagi wanita muslim sekiranya ingin menyertai mass aerobik ini sudah pastilah perlu memakai pakaian yang sesuai agar aurat tetap terpelihara.
Pergerakan yang biasa dilakukukan di sini ialah agak sederhana dan bercorak "Low impact" manakala muzik yang digunakan ialah sekitar 130-138 bmp (beat per minute) . Ini adalah kerana peserta yang ramai & tahap peserta yang berbeza-beza dari segi umur dan kecergasan. Sungguhpun demikian ia tetap akan membuatkan seseorang itu berasa sihat & segar sekiranya aktiviti ini selalu dilakukan paling kurang 3 kali seminggu.
Sungguhpun demikian perlu dinyatakan disini dalam situasi negara kita, mass aerobik jarang disertakan dengan fasa "conditioning" yang merangkuki aktiviti mengangkat bebanan seperti dunbell untuk menguatkan otot-otot ataupun "floor excersice" untuk memecahkan lemak di perut. Seabagaimana yang telah dinyatakan, sekiranya kita inginkan bentuk tubuh yang betul-betul " fit & shaping" maka kita tidak seharusnya mengabaikan sesi "Conditioning" ini.
Oleh itu sekiranya wanita sering menyertai mass aerobik ini maka dinasihatkan menambahkan fasa "Conditioning" tadi di rumah agar tubuh kita benar-benar mendapat manfaat daripadanya. Oleh itu dinasihatkan wanita mendapatkan ilmu "Conditioning" ini sebelum mempraktikkannya. Jangan sekadar meniru di vcd dan sebagainya kerana ia tidak akan mendatangkan hasil kerana sesi "Conditioning" ini memerlukan cara dan sistem pernafasan yang betul sewaktu melakukannya.
No comments:
Post a Comment