Anggun, sihat & ceria adalah merupakan pakej yang yang diingini oleh setiap individu bernama "Wanita".
Bukan untuk bermegah-megah, tetapi adalah untuk memenuhi tanggungjawab menjaga amanah serta nikmat yang telah Allah swt kurniakan.
"Sesungguhnya Allah sangat suka melihat kesan nikmatNya ke atas hambaNya."
(Riwayat Tarmizi & Al Hakim).
Kita semua sedia maklum bahawa apa yang ada pada diri kita ini adalah merupakan hak Allah s.w.t. Maka kita perlu menjaganya dengan baik. Ini bermakna kita perlu pastikan ianya sentiasa berada dalam keadaan baik. Sebagai contoh, kita diamanahkan menjaga pokok bunga di taman. Sudah semestinya kita perlu menyiram, membuang mana-mana tanaman melata yang menganggu pertumbuhan bunga-bunga tersebut disamping memberi baja yang terbaik agar ia tumbuh dengan baik.
Sebagai insan bernama wanita, maka kita seharusnya menjalani gaya hidup sihat supaya kita sentiasa sihat, cergas & cantik. Antara ciri-ciri gaya hidup sihat ialah:
- Makan makanan seimbang
- Menjaga kebersihan diri
- Rehat yang cukup
- Senaman berkala
No comments:
Post a Comment