Followers
Saturday, June 5, 2010
"Workout"- Bellydance cardio
3)"Workout-"Bellydance cardio:
Bellydance cardio adalah merupakan pergerakan dalam bellydance yang diaplikasikan dalam aerobik. Di sini momentemnya dan muziknya adalah agak laju iaitu antara 125-138 bpm. Kebiasannya muzik yang digunakan adalah yang berirama padang pasir. Para peserta akan bergerak mengikut combo-combo yang diperkenalkan oleh instruktur. Kemudian kesemua combo ini akan digabungkan menjadi satu combo.
Bellydance cardio ini jika dilakukan dengan betul juga mampu membakar 350 lemak & kalori dari badan. Apa yang istimewa ialah ia lebih memberi tumpuan kepada "belly" atau kawasan sekitar "core". Bermakna perut kita akan cepat kempis dan pinggang serta bahagian punggung kita akan terbentuk dengan baik.
Selain dari memakai pakaian aerobik peserta dikehendaki memakai "coin belt" @ "hip scaft". Ia bertujuan untuk menyesuaikan keadaan "workout" disamping menaikkan semangat peserta kerana setiap kali kita buat pergerakan, "coin belt @ hip scaft" ini akan menghasilkan bunyi yang indah hasil gabungan "coin belt" kesemua peserta.
Berbeza dengan bellydancing, oleh kerana pergerakan & muzik kita berbeza darisegi momentumnya maka peserta dikehendaki memakai kasut aerobik demi untuk mengelakkan sebarang kecederaan pada kaki.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment