Followers

Wednesday, March 9, 2011

Tak sanggup kubayangkan..!.! ! !



Setiap yang hidup perlukan makanan.
Tahukah kita mengapa kita makan...

Adakah kita makan kerana kita rasa perut kita lapar.....???
Atau kerana waktu makan sudah tiba.....???

Tahukah kita bahawa tujuan kita makan adalah untuk memberi tenaga pada badan selain mendapat nutrisi yg cukup untuk keperluan badan kita.

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud
"Makan ketika lapar & berhenti sebelum kenyang"

telah tidak mendapat tempat dihati kita...
Apa yang kita lakukan adalah sebaliknya...

Kita makan.... makan... makan... & makan...
Banyaknya restoran yg exclusive & gerai-gerai tumbuh bagai cendawan selepas hujan, benar2 telah menguji kesabaran nafsu kita untuk makan... makan... makan... & makan..

Akibatnya kalori berlebihan yg kita makan ini akan bertukar menjadi LEMAK.
LEMAK ini bila tak dikeluarkan akan berkumpul di bahagia2 kegemarannya seperti di perut, paha, punggung dll.

Bila LEMAK berlebihan ini sudah mendapat tempat penginapan yang selesa, maka tubuh badan kita yg dulu slim melim akan bertukar bentuk.......

Pada ketika ini saiz baju pun sudah meningkat dari S ke XL..
Badan terasa berat.... malas.... & cepat letih....
Badan mula berbau kerana toksid berlebihan...
Tak sanggup kubayangkan.....! ! !

Tidak ada cara lain yang lebih selamat & murah untuk memecahkan LEMAK2 berlebihan ini selain dari menjadikan senaman sebagai rutin harian kita.

3 @ 4 kali bersenam seminggu dalam kadar 1 jam untuk satu sesi sudah cukup untuk kesihatan badan kita.

Ingatlah kesihatan yang sempurna adalah eset yang tidak ternilai....


"Selamat menjalani gaya hidup sihat.."