Followers

Friday, July 16, 2010

Bellydance baik untuk wanita..




"Jom join my bellydance cardio class...."
Pelawa saya kepada rakan2. Anda nak tahu apa jawapan yang selalu saya terima..
Berikut adalah antara jawapan yang biasa sampai ke telinga saya. Tapi saya mendengarnya dengan hati yang sanga-sangat terbuka.

Ada yang kata : "ooo.. yg gelek2 macam minah Arab tu ya..."

Ada pulak yg cakap : "Saya tak suka yg slow2 macam tu.. saya suka movment yg. laju2."
Ada tu : "I tak pandai la nak bergelek-gelek ni.."
Ada juga yg cakap : "His!! Hodohnya, badan I gemuk.. buruk bebenor kalu bergelek."
Ada pulak tu : "Eeeee... tak nak la nanti sakit & patah pinggang I."
Yang ni lagi best : "Malu dong ah !.. nanti semua orang ketawakan I."

Waduh !! Waduh!! Korang ni..
Cepat benor korang buat kenyataan. Nanti dulu..!! Sabar..!!
"Jangan cepat mengaku kalah sebelum berjuang". (Itulah antara ungkapan yang selalu mum & dad pesan masa kecil2 dulu).
"Tak kenal maka tak cinta". Samalah dengan bellydance ni. Bila betul2 sudah faham, kenal & tahu teknik sebenar, saya yakin semua wanita sukakannya.. Terutama bila dapat tahu kebaikan bellydance untuk kaum Hawa seperti kita ni.

Mula tu memang tak pandai. Lama2 pasti ok punya.. Sebenarnya sepanjang saya "conduct" kelas bellydance cardio ni tak pernah lagi ada student gelak pada student lain. Yang ada ialah dia gelak pd diri dia sendiri, sebab tengok diri dia "move" dlm cermin kat studio macam kartun..(Sbb belum pandai lagi..nanti kalu dah pandai kalah minah Arab.. )

Fasal badan gemuk pulak.. sebab tu saya ajak join kelas ni, supaya turun berat badan tu ha..
Tak la asyik gemuk sepanjang hayat. Bukan setakat tu..
Nak bergerak susah..
Nak beli baju selau nak cari yang XL @ XXL..

Sakit pinggang & patah pinggang dek kerana bellydance ni.. rasanya kenyataan yang tak betul sama sekali & layak dibuang ke dalam tong sampah.!
Kalau la sampai boleh sakit & patah pinggang, takkan lah saya yang dah berbellydance selama 3 tahun ni sihat & segar bugar ni ha.. & tak pernah pulak saya mendaftar sebagai pesakit di hospital sebagai pesakit yang patah pinggang disebabkan bergelek masa "conduct" bellydance.

Akhir sekali, jangan terlalu taksub dengan pergerakan yang laju & agresif sebab sekali sekala badan perlukan movement seperti yang terdapat di bellydance ini yang tidak terdapat dalam kelas yang lain. Terutama bahagian perut, punggung, paha dsbnya. Dalam erti kata lain seimbang.
Selain dari itu sebagai isteri, kita mesti pandai la.. berbellydance ni. Kalau tak banyak sikit pun ok.. demi untuk keharmonian rumahtangga la katakan.. hehehe.

Berikut adalah beberapa kebaikan yang diperolehi dari menyertai kelas bellydance:
1)Badan yang "fit"- Badan jadi kemas & cantik.
*Perhatian!! Jika tidak percaya, selepas mandi, cuba lihat bentuk tubuh anda
sendiri di hadapan cermin. Saya pasti bentuk tubuh anda tidak kemas atau dlm erti
kata lain lurus.. tidak "fit". Ia agak berbeza dgn mereka yang selalu menyertai
kelas bellydance.
2)Menurunkan berat badan kerana ia mampu membakar lemak antara 350-400 kalori.
3)Membentuk. Badan kita akan terbentuk dengan cantik terutama - perut akan kempis,
pinggang ramping , pinggul terbentuk dgn baik, paha & seluruh badan terbentuk dgn
cantik.
4)Menambahkan koordinasi pergerakan tangan dgn kaki-merangsang otak.
5)Keseimbangan fizikal badan.
6)Muscle tone- Bukan berketul2 macam body builder tu.. yang dimaksudkan ialah badan
kita tidak mengeleber @lembik seperti makcik2 & nenek2.
7)"Posture" -Kedudukan badan tegap & baik. Bila berjalan pun sudah pasti nampak
tegap & cantik.Tidak membongkok dsbnya yang menyakitkan mata melihatnya.
8)Menghilangkan stress setelah seharian bekerja- Dengan menyertai kelas bellydance
ini kesibukan anda di tempat kerja & di rumah dapat dihilangkan. Ini secara tidak
langsung akan memberi semangat baru untuk anda meningkatkan kualiti kerja anda.
9)Paling utama- Kita jarang menggunakan "core muscle" dalam pergerakan harian. Kita hanya banyak menggunakan pergerakan tangan & kaki sahaja. Menyebabkan perut kita tidak "fit" dan yang paling teruk makin membuncit terutama selepas berkahwin & melahirkan anak. Mulalah kita memilih baju yang besar2 untuk menutup kelemahan kita ini. Paling memelukan bila orang bertanya.. berapa bula kita mengandung..
Melalui bellydance ia mampu menghapuskan masalah ini kerana tumpuannya ialah bahagia "core" selain bahagian2 lain yang tidak dilupakan.

Jangan risau jika anda tidak pandai. Memang sudah menjadi resam dunia..
Setiap perkara yang baru kita perlu mempelajarinya dahulu. Lama kelamaan kita pasti akan menguasainya. Yang penting istiqamah.

*KELAS BELLYDANCE CARDIO SAYA:
~Setiap selasa- 9.30pg-10.30pg di Bodypower Fitness Centre, Berek 12, KB Kelantan.
~Setiap rabu - 5.30ptg-6.30ptg di Fit,Fiz & Fun aerobic Centre, Kubang Krian,KB,


4 comments:

  1. kl y patah pinggang tuh , y gelek tak ikut kate instr la tu. org hyun paha! dia hayun ponggong! tula sakit!

    Any way masing2 ade pilihan kan.
    janji ada exc dlm menu khidupn.

    Smoga exc jd ibadah.
    kita kawal exc bkn exc kawal kita.

    ReplyDelete
  2. Miz.. Betul kata Miz. kena ikut cara betul. Bellydance Cardio adalah salah satu dari jenis exc. Terpulang pada kita.. Nak pilih yg mana..janji kita buat dgn kejelasan & bukan ikut-ikutan. Kena jelas, baru betul2 berkesan pada diri. Kalu tak "lower body" ok tapi "upper body" masih besar..@ tak seimbang. Apa yg utama..setiap apa yg kita buat hendaklah dgn kefahaman & ilmu yg jelas. Barulah dikira ibadah disisiNya..

    ReplyDelete
  3. berminat la nak join...boleh bg contct number tak?

    ReplyDelete
  4. Syukriyah.... call Kak lis 0129592669.

    ReplyDelete