Sudah menjadi lumrah wanita.. sukakan kecantikan. Adakala mereka tidak memperdulikan akibat yang bakal menimpa diri mereka. Janji..... mereka dipandang cantik..! Apa yang bakal berlaku terhadap diri mereka.. itu adalah perkara kedua.
Yang penting pada mereka... cantik..! cantik..! cantik..! & cantik..!
'Sepatu' atau kasut dipakai sebagai pengalas kaki sewaktu seseorang itu berjalan. Ada kasut yang bertumit rendah, ada yang bertumit sederhana & tak kurang yang bertumit tinggi. Bagi mereka yang memakai kasut bertumit tinggi akan otomatik kelihatan lebih cantik & anggun berbanding mereka yang hanya memakai sandle atau selipar. Mereka kelihatan lebih berkeyakinan akibat cara berjalan yang tiba-tiba jadi berbeza dek terpaksa menyesuaikan keadaan kasut yang tinggi itu.
Kebiasaannya kasut-kasut sebegini dipakai untuk ke pejabat, temu janji dan tak kurang juga yang membeli belah atau ke mana sahaja, asalkan mereka nampak cantik. Tahukan kita bahawa disebalik kecantikan itu akan meninggalkan kesan yang tidak baik pada tubuh badan si pemakai dan yang paling menyedihkan ia mampu meninggalkan kesan negetif seumur hidup. Menurut Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) S. M. Mohamed Idris, kasut tumit tinggi ini akan menyebabkan:
- masalah kesihatan kerana dada ke depan dan punggung ke belakang sehingga spina dan pinggul terkeluar daripada kedudukan asalnya.
- Kencing tidak lawas, masalah belakang dan tulang pinggul.
'-Selain itu ia juga boleh menyebabkan kesakitan pada bahagian rahang, leher dan kepala, gangguan kitaran haid malah membawa kepada masalah kesuburan,''
-Jika dipakai bertahun-tahun akan menyebabkan tendon Achhilles menjadi pendek hingga menyebabkan sakit tumit.
-Tambahnya, memakai kasut tumit tinggi mengubah cara jalan seseorang dengan mengenakan pusat graviti ke atas bebola kaki dan meletakkan tekanan berlebihan sehingga 26 peratus pada lutut iaitu kes biasa osteoprosis.
''Hasil kajian pakar pembedahan ortopedik dari Kolej Perubatan Baylor, Houston, Profesor Madya Dr. John Marymont, seseorang yang memakai kasut bertumit 2.5 inci memberi 50 peratus manakala kasut bertumit 3 inci memberi 76 peratus tekanan pada kaki.
-tekanan terhadap saraf dan tisu kaki yang menyebabkan kesakitan sehingga pembedahan mungkin perlu dilakukan untuk memulihkannya.
-Kecacatan Haglunds juga, katanya, sering dialami wanita berkasut tumit tinggi yang mana berlaku pembesaran tulang bahagian belakang kaki sehingga kaki bengkak, merah dan menyakitkan.
-''Masalah yang biasa berlaku ialah pergelangan kaki terseliuh kerana sukar mengimbang badan kerana memakai kasut tumit tinggi.
Berfikirlah secara rasional sebelum anda menjadi pengamal kasut bertumit tinggi ini kerana ia bakal merosakkan kesihatan anda sedangkan banyak lagi faktor lain yang boleh membuatkan anda kelihatan anggun, cantik & berkeyakinan.
Temui anda lagi...
Utusan Malaysia online 9/2/2009
No comments:
Post a Comment