Followers
Tuesday, July 6, 2010
Ruginya tidak bersenam..
"Tak sempat...."
"Tiada masa...."
"Kerja sampai petang..."
"Sibuk kerja2 rumah..."
"Sibuk dgn anak-anak.."
adalah merupakan alasan yang sangat terkenal & biasa digunakan oleh kaum wanita untuk tidak bersenam.
"Tepuk dada tanya selera.."
Muslim yang benar pada kebiasannya adalah yang sihat tubuh badannya. Terdapat 2 faktor yang terlibat iaitu:
1) faktor pemakanan
2) faktor bersenam
Allah swt telah menetapkan dalam firmannya bermaksud :
"Dan makanlah, minumlah dan janganlah kamu melampau-lampau. Sesungguhnya Dia tidak suka kepada orang yang melampaui batas." (Al A'raff:31)
Begitu juga dalam hadith Nabi saw:
"Bekas yang paling buruk bagi manusia adalah perutnya, jika ia hendak memenuhinya, hendaklah memenuhinya hanya sepertiga utk makannya, sepertiga utk minumannya & sepertiga lagi utk nafasnya." (Hadith Riwayat At tarmizi)
Dengan bersenam lemak2 berlebiha yg tidak diperlukan oleh badan akan terbakar, selain tubuh badan yang lebih cergas & mempunyai otot yang kemas. (tidak meleber)
Bermakna sekiranya kita inginkan badan yg betul2 sihat maka kita perlu melaksanakan kedua2 faktor tersebut & tidak boleh mengambil salah satu darinya.
Kebanyakan orang mampu melaksanakan faktor pertama tetapi ramai yang tidak mampu
untuk realisasikan faktor ke dua iaitu bersenam. Ada yang besenam sekali dalam sebualan iaitu bilamana jabatan tempat kerja mengadakan aktiviti senamrobik untuk kecergasan pekerja. Itu jika ada ... jika terdapat masalah maka silap-silap hari bulan 2 kali setahun atau langsung tidak bersenam.
Saya tidak dapat bayangkan bagaimana kaum hawa ini tidak menjadikan bersenam sebagai rutin mereka. Saya cukup ngeri bila membayangkan makanan berlebihan yang kita makan pada hari sebelumnya yang belum sempat kita bakar melalui aktiviti bersenam sudah kita tanbahkan lagi pada hari ini.. hari esok... dan hari-hari seterusnya...
Untuk pengetahunan bersama.. lemak berlebihan hanya akan keluar melalui aktiviti bersenam sahaja.
Dalam soal ini yang akan berada dalam kerugian ialah individu yang sering mencipta alasan. Dialah yang akan mudah mempunyai tubuh badan seperti orang yang sudah tua sebelum usianya, iaitu..
muka suram & tidak ceria..,sering lenguh2 badan..,sakit lutut.., sakit tumit.., badan & perut yang besar & tidak berbentuk lagi sebagaimana awal2 perkahwinan dulu... bak kata orang putih:
"No shape." Untuk menyembunyikannya maka baju bersaiz XL,XXL @ XXXL menjadi pilihan utama.
Selain dari itu penyakit seperti kencing manis, tekanan darah tinggi, jantung, barah, migrain & sebagainya akan datang tanpa diundang.
Rasanya tiada siapa yang menginginkan perkara tersebut terjadi pada diri, cuma kekangan masa & kesibukan dalam tugas menyebabkan kita alpa & terus mendorong untuk mencipta pelbagai alasan.
Terdapat juga yang mengambil iniseatif membeli treadkmill & bicycle statik. Syabas diucapkan kerana semangat yang ditunjukkan. Tapi sayang semangat ynag membara2 akhirnya jadi
"hangat-hangat tahi ayam." Ia cuma digunakan dengan penuh bersemangat dalam 2 & 3 minggu sahaja kerana akhirnya ia cuma sekadar menjadi bahan pameran yang diceriakan lagi dengan tuala2 bewarna-warni yang dijemur di situ setiap kali lepas mandi. Bunyinya semacam lucu.. tetapi inilah kenyataan yang berlaku.
Berita Harian pernah menyiarkan bahawa 70% wanita di Malaysia ini tidak bersenam. Mudah2an kita bukanlah termasuk dalam ketogori tersebut. Sekiranya ya.... maka langkah awal perlu kita ambil dengan kadar segera.
Maka dengan itu saya mencadangkan agar wanita yang sibuk ini memasukkan aktiviti senaman dalam salah satu rutin harian mereka. Tetapkan 2 @ 3 kali dalam seminggu untuk diri mereka sendiri... untuk beraerobik. Pilihlah kelas mengikut kemampuan diri sendiri samada bodymove, bodystep, zumba atau bellydance cardio kepada yg suka kepada pergerakan yang sedikit perlahan tetapi cukup berpeluh.). Saya mencadangkan aktiviti senaman cara aerobik yang dibuat dalam studio ini kerana di studio keadaannya tertutup, tiada percampuran antara peserta lelaki atau perempuan & wanita Muslim bebas untuk membuka tudung untuk keselesaan yang lebih & kesan yang lebih efektif.
Sesungguhnya tiada istilah terlambat... yang penting ialah kesedaran untuk berubah. Saya mencadangkan agar wanita mengambil isu ini sebagai satu yang serius kerana ia 100% melibatkan diri kita sendiri. "Cegah sebelum parah." Banyak studio aerobic yang menyediakan perkhidmatan 3 sesi, pagi, petang & malam. Kesemua ini adalah untuk memberi peluang & kemudahan kepada kita golongan wanita yang sibuk.
Maka saya mencadangkan agar sediakan pakaian lengkap untuk aerobik dalam kereta anda setiap kali anda keluar bekerja. Singgah di mana-mana studio pilihan hati anda untuk "workout" dalam masa hanya 1 jam.. semata-mata untuk pastikan tubuh kita yg merupakan amanah Allah swt ini tidak kita abaikan & sentiasa berada dalam keadaan yang baik.
Sayangilah diri kita sendiri...
Apa pandangan anda dalam isu ini...?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
So meaningful entri ni untuk terus cergas.
ReplyDeleteSemoga dgn tubuh y ada pakej riadhah ini mjdkan kita segar juga mencari ilmu2 lain y berkaitan Al quran.
Ye dgn beriadhah, sebenarnya Allah membekalkan kita simpanan tenaga utk bgerak mcari ilmu di masjid2 dan jg lain2 majlis ilmu.
Allahu'alam.
Terima kasih Miz;
ReplyDeleteJika badan tidak sihat & cergas mana mungkin utk kita bekerja lebih demi utk melihat Islam tertegak di bumiNya ini. Sedangkan kesemua ini adalah kerja & tanggungjawab kita semua.
ni baru best , letak gambar sendiri!
ReplyDeleteMiz: InsyaAllah akan menyusul gambar2 lain untuk kefahaman yg lebih jelas. Terima Kasih.
ReplyDeleteAssalamualaikum wrt. wbt. Puan Lis,
ReplyDeleteSaya juga sudah mendapat kesedaran tentang pentingnya bersenam. Oleh itu, saya dan rakan-rakan di USM telah menubuhkan Team Jom Kita Sihat untuk sentiasa sihat dan cergas. Boleh lawati kami di www.jomkitasihat.blogspot.com
Terima kasih.