Followers

Sunday, June 6, 2010

Obesiti.. paling ditakuti wanita.

Obesiti ialah penyakit nutrisi yang ditakuti setiap wanita. Kebiasannya wanita yang obes mempunyai bentuk badan yang sangat besar & sudah semestinya "out of shape". Maka akan berlakulah masalah sukar untuk memilih saiz pakaian yang bersesuaian dengan bentuk tubuh. Bukan itu sahaja, malah terdapat bermacam-macam masalah yang bakal timbul terhadap orang yang obes ini. Ada juga yang berusaha untuk mengubah realiti ini. Ada yang berjaya & tak kurang juga yang gagal akibat semangat yang tidak kuat khususnya dari soal mempraktikan gaya hidup yang sihat.
Realitinya tidak ada sesiapa yang mahu dirinya menjadi obes. Sedar tak sedar dirinya sudah berada dalam ketogeri obes.

Islam itu sendiri cukup serius dalam usaha menjaga kesihatan jasmani & kekuatan tubuhnya. Bermakna kita hendaklah bersederhana dalam makan & minum. Tidak sekali-kali makan dengan rakus & pelahap. Kita sepatutnya mengambil makanan sekadar keperluan untuk memberi tenaga, kesihatan & kecergasan. Firman Allah : Al'A'raf : 31

"Dan makanlah, minumlah dan janganlah kamu melampau-lampau. Sesungguhnya Dia tidak suka kepada orang yang melampaui batas."

"Bekas yang paling buruk bagi manusia adalah perutnya, jika ia hendak memenuhinya, hendaklah memenuhinya hanya sepertiga utk makanannya, sepertiga untuk minumannya & sepertiga lagi utk nafasnya." (Riwayat At Tarmizi)


Terdapat 3 cara bagaimana untuk menilai seseorang itu obes @ tidak:
    • Seseorang dikatakan obes jika:
      • Indeks Jisim Badan (BMI) melebihi 40 atau 35
      • beratnya adalah 30% lebih tinggi daripada julat normal bagi tinggi badan, jantina dan umurnya.
    • Seseorang dikatakan obes jika:
      • Nisbah pinggang-ke-pinggul (WHR) WHR boleh dikira dengan membahagikan lilitan pinggang dengan lilitan pinggul. WHR ialah suatu ukuran mudah untuk taksiran pembahagian lemak dalam badan.
    • Keliling pinggang sm/in
    • Keliling pinggul sm/in
    • Seseorang dikatakan obes jika:
      • WHR sebanyak 0.9 atau kurang dianggap sihat bagi kaum lelaki dan nisbah sebanyak 0.8 atau kurang dianggap sebagai petunjuk sihat bagi kaum wanita.
      • WHR sebanyak 1.0 atau lebih menandakan peningkatan risiko bagi keadaan kurang sihat dan isyarat bahawa tindakan untuk mengurangkan lemak daripada bahagian perut adalah langkah yang bijak.
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya masalah obesiti ini.
  • Genetik atau keturunan – gaya pemakanan keluarga
  • Pemakanan - Makanan yang telah di proses kebanyakkannya mempunyai kadar gula dan lemak yang tinggi.
  • Kurang aktiviti/senaman
  • Pengambilan ubat-ubatan
Hormon leptin tidak dapat berfungsi dengan baik.
Sel lemak dlm badan @ bahasa saintifiknya adipocyte dalam badan, berfungsi mengeluarakn hormon yang dipanggil leptin. Bila kita makan, tenaga lebihan dalam makanan disimpan menjadi lemak. Adipocyte mampu membesar @ mengecil bergantung kepada kandungan lemak di dalamnya. Bila kandungan lemak tersimpan dalam adipocyte akan meningkatkan hormon leptin & seterusnya dirembes oleh sel-sel lemak & diserap ke dalam darah.

Proses ini akan memberi signal kepada otak bahawa badan sudah sudah memperoleh makanan yang secukupnya. Leptin merangsang rasa kenyang & puas makan. Dalam erti kata lain ia adalah isyarat berhenti makan. Malangnya orang obes walaupun mempunyai banyak leptin dalam darah masih berasa tidak kenyang dan memerlukan makanan.

Kesemua ini berlaku di kalangan orang obes kerana molekul lain yang wujud dalam darah yang sepatutnya berfungsi memberi isyarat kenyang selain dari leptin turut tidak dapat berfungsi dan ini sekaligus akan membuatkan leptin juga tidak berfungsi. Antara molekul yg dimaksudkan ialah enzim & hormon dalam darah. Di sini hormon & enzim bertindak menukar makanan kepada tenaga. Apabila ia tidak dapat berinteraksi makan tenaga tidak akan dapat dihasilkan & makanan akan terus bertukar menjadi lemak.

Padah obesiti ialah:
  • Dari segi emosi, seorang yang obes boleh menghadapi masalah kekurangan keyakinan diri dan depresi kerana tidak dapat menikmati hidup yang normal dan aktif.Segan & malu untuk berdamping.
  • Selain itu, berat badan berlebihan boleh merosakkan sendi dan mengakibatkan osteoartritis.
  • Obesiti yang serius juga meningkatkan risiko untuk penyakit tekanan darah tinggi, diabetes , masalah pundi hempedu, gout dan penyakit jantung.
  • Menurut kajian wanita yang mempunyai berat badan lebih dari 18 paun menghadapi 2 kali ganda menghadapi risiko barah payu dara selepas menopaus
  • Manakala remaja wanita pula akan mendapat gangguan pandangan mata & sakit kepala.

2 comments:

  1. yang paling risau malah sedih lagi , dah lah obes tambah body out of shape lagi.

    ReplyDelete
  2. Betul kata Miz. Bila dah obes pasti jadi out of shape. Sebenarnya empunya diri tidak mengingininya tetapi tidak mampu mengawal diri sendiri.

    ReplyDelete