Followers

Saturday, June 5, 2010

Mari bersenam... 2



2) Senaman di dalam studio:
Di sini bilangan pesertanya adalah tidak ramai. Bergantung kepada keluasan studio berkenaan. Setiap peserta & instruktur akan menghadap ke arah cermin. Peserta akan bergerak mengikut instruktur, manakala cermin bertujuan membantu peserta membuat pergerakan.

Kebiasannya pergerakan yang dilakukan di dalam studio adalah yang bercorak agak laju iaitu sekitar 140-148 bpm (beat per minute) di mana ia menggabungkan pergerakan bercorak "low impact & high impact.
Bermakna aktiviti membakar kalori & lemak akan berlaku dengan lebih cepat.
"Terkini ia banyak mengabungkan pergerakan bercorak "dance". Bertujuan untuk pergerakan yang lebih menyeronokkan.

Bagi wanita muslim boleh memilih studio yang mengasingkan peserta wanita & lelaki. Di sini wanita muslim boleh memakai pakaian aerobik yang sesuai & memudahkan pergerakan. Bermakna keadaan di dalam studio adalah lebih efektif untuk melakukan rutin senaman.

Kebiasannya aerobik di dalam studio adalah mengikut 4 fasa dalam aerobik iaitu:
1) Warm-up
-bertujuan menyediakan otot-otot untuk Fasa aerobik.
-dilakukan dalam masa 10-15 minit
-diikuti oleh sesi regangan
-kelajuan lagu adalah antara 130-138 bpm.
2) Fasa aerobik
i)Fasa aerobik 1- dilakukan secara ansur maju gerakan aerobik untuk meningkatkan tahap suhu
badan, darah & pengembangan otot-otot.
ii)Fasa aerobik 2- Gerakan choreography akan lebih kompleks & banyak "travelling"
- Gunakan sepenuh tenaga dalam badan semasa sesi ini.
iii)Fasa aerobik 3 -mengulang semula kesemua choreography tersebut disamping memasukkan
"layer technic" untuk menyeronokkan lagi fasa ini.
3)Fasa "Muscle Toning workout":
- samada "light weight" @ tidak menggunakan bahan bebanan.
- bertujuan untuk mewujudkan ketahanan & kekuatan otot atas, tengah
& bawah.
-Kelajuan lagu adalah antara 122-134 bpm
4)Fasa Cooling down:
-bertujuan untuk mengembalikan semula otot-otot dalam keadaaan
sebagaimana sebelumnya.
-muzik yang digunakan adalah antara 97-120 bpm.

Dari ini jelaslah kepada kita bahawa fasa-fasa tersebut mesti kita lakukan untuk hasil yang memuaskan. Saya yakin sekiranya kita istiqamah atau berterusan tahap kecergasan kita akan meningkat & mendapat bentuk badan yang diingini.




No comments:

Post a Comment