Followers
Tuesday, July 5, 2011
Perut buncit & besar....
Baru aku tahu begitu kisahnya...
Setiap kali 'conduct' kelas aerobic & bellydance ada saje 'follower' yang tak mahu duduk depan.
Kadang2 nampak macam berebut2 nak duduk belakang..
Ada pulak tu yg berebut2 nak duduk dibelakang kawan.
Dalam hati pelik & tertanya2...
Apahal ni...
Sempat gak mengimbas kembali zaman mula2 'join' aerobik dulu.
Berebut nak duduk depan sbb mudah nak tengok cikgu & nak cepat pandai.
Alhamdulillah.. akhirnya persoalan yg selama ini bermain dikepala akhirnya terjawab.
Rupanya diaorang malu nak tengok diri sendiri dalam cermin.
Almaklum ajelah cermin distudio aerobik besar.. nampak semua tubuh badan dari ujung rambut sampai ujung kaki.
.
Tu yang malu.. tu...
Malu nak tengok badan sendiri katanya...
Kalau yg gemuk tu sebab nampak badan besar... perut besar & buncit serta 'out of shape'..
Kalau yang kurus tu katanya badan lurus macam papan...
Ish..! Ish..! Ish..!
Kesian ada.... Rasa kelakar pun ada....
Tetapi setelah dinasihakant bahawa pentingnya melihat cermin semasa pergerakan iaitu:
1) memudahkan pergerakan
2) melihat perubahan pada tubuh sepanjang mengikuti kelas aerobik.
Alhamdulillah 'follower' sudah berani melakukan perubahan & mampu bergerak dengan baik.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment