Kalau kak Lis nak tau.... Arina ni sejak 'join' kelas Bellydance Kak Lis, dia dah banyak berubah. Kalau dulu................
Di tempat kerja dia ni pemalu & suka mengelakkan diri kalau diminta untuk bercakap di 'public'.
Ada2 je alasan yang diberi kalau diminta berbuat demikian.
Sejak akhir2 ni.. semua telah berubah..
Saya tengok di dah tak macam dulu.
- Lebih 'confidence' dari segi penampilan.
- Tutur katanya menampakkan keyakinan seiring dgn penampilannya.
- Lebih ceria
- Lebih berani
Arina sebenarnya sejak Kak Lis kenal dalam kelas bellydance pun memang seorang yang tak banyak bercakap atau dalam ertikata lain pemalu orangnya.
Arina tersenyum & tergelak mendengar kata2 rakannya...
"Betul la... dulu saya rasa kalau boleh macam nak menyorok dalam almari bila orang suruh saya bercakap walaupun dikalangan rakan setugas".
Saya merasa sangat bersyukur kerana saya rasa seperti satu semangat baru telah berlaku dalam diri saya. Kata Arina.
Memang kalau selalu ikuti kelas bellydance akan membuatkan diri kita lebih 'confidence' kerana kita akan sentiasa melihat pergerakan tubuh badan kita di cermin dalam studio.
Kita akan melihat bagaimana badan kita bergerak ke kiri.. kanan.. berpusing & sebagainya mengikut pergerakan instruktor.
Kita juga secara tidak langsung dapat mengasah minda kita terutama bila terpaksa mengingati rutin2 pergerakan. Di sini maka berlakulah koordinasi mata.. kaki & tangan mengikut alunan muzik yang diperdengarkan.
Selain dari itu pakaian yang kita pakai bersama 'bellydance coinbelt' dalam kelas akan membuatkan diri kita lebih cantik. Ini secara tidak langsung akan membuatkan kita rasa sangat berbangga pada diri kita sendiri kerana telah dicipta oleh Allah swt dgn sebaik2 & secantik kejadiannya.. Sekiranya kita tidak mengikuti kelas ini mana mungkin kita berpeluang melihat kejadian & ciptaan Allah swt ini.
Sahabat2 yang dikasihi...
Ciptaan dariNya yang sangat2 cantik ini akan bertambah cantik & berseri jika disertai dgn akhlak yang mulia.
Memang seronok bila tengok perubahan anak2 murid..
ReplyDelete