Followers

Wednesday, March 9, 2011

Tak sanggup kubayangkan..!.! ! !



Setiap yang hidup perlukan makanan.
Tahukah kita mengapa kita makan...

Adakah kita makan kerana kita rasa perut kita lapar.....???
Atau kerana waktu makan sudah tiba.....???

Tahukah kita bahawa tujuan kita makan adalah untuk memberi tenaga pada badan selain mendapat nutrisi yg cukup untuk keperluan badan kita.

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud
"Makan ketika lapar & berhenti sebelum kenyang"

telah tidak mendapat tempat dihati kita...
Apa yang kita lakukan adalah sebaliknya...

Kita makan.... makan... makan... & makan...
Banyaknya restoran yg exclusive & gerai-gerai tumbuh bagai cendawan selepas hujan, benar2 telah menguji kesabaran nafsu kita untuk makan... makan... makan... & makan..

Akibatnya kalori berlebihan yg kita makan ini akan bertukar menjadi LEMAK.
LEMAK ini bila tak dikeluarkan akan berkumpul di bahagia2 kegemarannya seperti di perut, paha, punggung dll.

Bila LEMAK berlebihan ini sudah mendapat tempat penginapan yang selesa, maka tubuh badan kita yg dulu slim melim akan bertukar bentuk.......

Pada ketika ini saiz baju pun sudah meningkat dari S ke XL..
Badan terasa berat.... malas.... & cepat letih....
Badan mula berbau kerana toksid berlebihan...
Tak sanggup kubayangkan.....! ! !

Tidak ada cara lain yang lebih selamat & murah untuk memecahkan LEMAK2 berlebihan ini selain dari menjadikan senaman sebagai rutin harian kita.

3 @ 4 kali bersenam seminggu dalam kadar 1 jam untuk satu sesi sudah cukup untuk kesihatan badan kita.

Ingatlah kesihatan yang sempurna adalah eset yang tidak ternilai....


"Selamat menjalani gaya hidup sihat.."

4 comments:

  1. hidup untuk makan @ makan untuk hidup?
    1 bunyi macam mabuk makan. 1 lagi bunyi macam menghargai kesihatan diri dan dihubungkan pula dengan hadis " makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang". namun ianya tetap berbicara pasal makan, kan.
    walaupun makan ketika lapar dan berhenti tika kenyang namun andainya, niat makan kita tidak disenaraikan pada asas untuk mentaati Allah maka bergarispandukan hadis tadi , hanya mendapat habuan dunia.
    Maka jadilah kita , buat dunia dan dapat dunia.
    Tak adalah semaian untuk akhirat kita iaitu , buat dunia dapat akhirat.
    Betapa ramai orang yang mengguna hadis itu hanya untuk nak jaga badan slim tapi gagal mentaati Allah dalam kerja-kerja harian.
    Makin lawa body , macam mendedah aurat.
    Makin lawa body , makin jauh dia disesatkan nafsu.
    Makin lawa body , makin terhijab dia dari rakan-rakan yang membawa kepada kesegaran iman dan jiwa...
    Allhu'alam.

    ReplyDelete
  2. Miz...
    Terima kasih atas respon..
    Sangat bersetuju degn komenyg diberi..
    Alangkah baik & indahnya sekiranya setelah body kita makin lawa...
    maka makin kita menjaga aurat kita..
    makin rapat & terjalin ukhwah & kasih sayang antara sahabat2...

    Itu lah harapan kita kan..

    ReplyDelete
  3. saya pun nak kurus...dah follow blog ni

    ReplyDelete
  4. Terima kasih.. notaibu77

    Kurus & sihat kan...

    ReplyDelete