Followers
Friday, February 11, 2011
Teman setia wanita...
Beg tangan.....
begitu sinonim dengan wanita. Ianya ibarat irama & lagu yg tidak dapat dipisahkan.
Tidak keterlaluan jika dikatakan ianya adalah teman setia wanita terutama bila berada di luar rumah.
Di mana ada wanita disitulah kelihatan beg tangan setia menemani mereka. Samada waktu gembira mahupun berduka.
Berbagai-bagai warna, bentuk, corak, saiz & harga yang dimiliki mereka mengikut citarasa, keperluan & kemampuan masing2..
Beg tangan bersaiz besar kini menjadi 'trend' wanita dewasa ini. Apa yang terkandung di dalamnya hanya sipemakainya sahaja yang mengetahuinya..
Bagi yang bekerja & berpendapatan tetap akan mempunyai lebih dari satu beg tangan. Beg tangan ke pejabat, beg tangan ke pasar, beg tangan ke aktiviti sosial mahupun beg tangan untuk ke 'dinner' yang kelihatan lebih 'bekerlipan & 'ekslusif' agar si pemakainya kelihatan lebih anggun.
Ada yang menyangkutkannya di bahu, menjinjingnya dengan tangan mahupun yang mengepitnya diketiak. Janji..... beg tangan tetap setia menjadi teman mereka.
Rasanya isi kandungan beg tangan setiap wanita tidak jauh bezanya.....
Kebiasaannya dalam beg tangan wanita terdapat dompet duit, alat solek, perfume, cermin kecil, tisu muka, pengetip kuku, kunci rumah, 'handfone', buku nota, ballpen, minyak angin, 'sun glass', gambar suami, gambar, anak, kad bank dan macam-macam lagi.
Pernahkah kita terfikir mengapakah wanita selalu membawa beg tangan yang kadangkala kelihatan menyusahkan mereka terutama bila terpaksa mendukung anak di sebelah kiri, menjinjing barangan disebelah kanan untuk melintas jalan atau membeli belah?
Tak bolehkah wanita keluar rumah dengan hanya membawa dompet seperti kaum lelaki yang mana hanya di dalamnya cuma diisi kad pengenalan, kad bank & duit secukupnya....???
Jawapannya ialah mungkin tidak.....
kerana wanita memikirkan terlalu banyak kemungkinan yang mungkin berlaku terhadap mereka & keluarga. Kepekaan mereka menyebabkan mereka sentiasa bersedia terhadap kemungkinan yang bakal terjadi.
Itulah yang menyebabkan mengapa beg tangan wanita sentiasa menjadi teman setia mereka.
Mudah-mudahan kepekaan & keperihatinan wanita terhadap diri, anak2 & suami akan menambah eratkan lagi ikatan kasih sayang diantara mereka hingga boleh menjadikan mereka isteri, ibu & wanita mukminah yang diredhaiNya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
I don't have one. Does it makes me weird?
ReplyDeleteKhairunnisa'...
ReplyDeleteTerima kasih atas komen.
Ok aje kalau tak de handbag.. lebih ringkas.
Kak Lis dulu tak de handbag gak.. tapi bila dah bekerja banyak pulak benda yg nak dibawa.. last2 kena juga memiliki handbag.