Followers
Sunday, July 25, 2010
Luangkan masa untuk diri sendiri..
"Memasak... membasuh.. mengemas rumah..."
Adalah aktiviti yang sangat sinonim dengan kaum yang bernama wanita.
"Melayan kerenah anak-anak.."
Juga adalah merupakan rutin harian wanita.
"Drebar kehormat kepada anak.."
Selepas solat subuh wanita sudah bergegas menghantar anak ke sekolah. Habis memasak tengahari terus ambil anak2 dari sekolah. Lepas makan tengahari, hantar pulak anak2 ke aktiviti kokurikulum sekolah @ tuisyen.
Dalam 5.30ptg.. ambil anak dari kelas fardhu ain @ tuisyen. Sampai di rumah, terus bergegas menyiapkan untuk makan malam.
Lepas solat maghrib terus hantar anak lagi ke kelas quran. Dalam pukul 10mlm ambil anak2.
Kebetulan suami tidak out station suami boleh tolong ambilkan anak2..
(lega la sedikit pada ketika itu.)
Sampai rumah jam sudah hampir menunjukkan jam 11.00mlm. Apa yang dia nampak ketika itu ialah hanya katil tempat dia boleh meluruskan badan setelah seharian ke sana-kemari. Itupun setelah dipastikan rumah & anak2 sudah beres semuanya. Barulah mata yang dari gelap subuh tadi celik dapat dipejamkan untuk beberapa jam sebelum bangun semula untuk rutin keesokannya.
Demikianlah rutin kebanyakan wanita dewasa ini.
Cukup mencabar.......!!!!!!
Rasanya kaum Adam pasti tidak mampu untuk melakukannya.....
Itu yang tidak bekerja di office dsbnya. Kalau yg bekerja...
Tak tahu macamana saya nak tulis di sini...
"Melayan suami tercinta adalah merupakan yang paling mencabar.."
Apa yang penting kita perlu pandai & bijak. Ini adalah kerana kebanyakan tenaga fizikal & mental kita telah kita berikan kepada:
* membersih, menghias & menguruskan rumahtangga
* melayan kerenah anak2..
* kerja2 di office....
(Kalau yg anak ramai tu... lagi la banyak tenaga fizikal & mental yg perlu diberikan.)
Yang mana kesemuanya ini sedikit sebanyak meninggalkan kesan kepada diri kita. Kesan yg saya maksudkan ialah "stress" @ ketegangan emosi.
Kalau kita tidak pandai mengawal emosi.. maka kepenatan setelah seharian ke hulu ke hilir bakal merupakan pendorong kepada berlakunya ketegangan dalam rumahtangga yang pada awalnya begitu harmonis sekali...
Kepada rakan2 wanita yanag berada di luar sana... Kita bukanlah robot @ mesin. Mesin pun perlukan masa untuk berhenti, jika tidak.. maka mesin pun akan rosak.
Apatah lagi kita manusia...
Saya cadangkan carilah sedikit masa untuk diri anda sendiri....
Masa untuk kita membelai diri kita sendiri, seperti contoh:
*Bersenam 3 kali seminggu (untuk tubuh yang sihat & cantik)
*Pergi Spa (merehatkan diri)
Kesemuanya ini adalah kerana kita sayangkan rumahtangga kita yang kita bina atas dasar
"iman & taqwa". Saya yakin sekiranya kita berikan sedikit masa buat diri kita insyaAllah kita akan semakin:
sihat.... bertenaga.... & ceria....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
memang setuju sekali k.lis
ReplyDeleteTerima kasih Chik.. Rasanya kebanyakan teman2 wanita kita kat luar sana bersetuju demi kebaikan diri sendiri & keluarga.
ReplyDeleteKalau semua manusia tahu menjadi hamba yang "kembali" pada Allah tentu bijak memberikan masa , tenaganya kann...
ReplyDeleteMana masa menguruskan kerja2 yang tersenarai sebagai ibu & suri rumah, ahli masyarakat yang juga dahagakan bimbingannya , masa diluangkan untuk kecergasan diri baik fizikal , emosi , mental.
Yang paling penting "kecergasan kejiwaannya" menelaah Al Quran n menghadiri
kelas2 pengajian , mendengar ayat2 cinta yang empunya dirinya.
Indahnya hidup cergas dalam pengabdian pada Allah.
Setuju semua apa yg Miz bagitau.. Masa tetap 24 jam.. tidak kurang & tidak lebih. Kita lah yg perlu bujak menguruskannya agar kita ada masa untuk diri kita sendiri & dlm masa yh sama bertanggungjwb sbg khalifah di bumiNya ini. Terima kasih Miz.
ReplyDelete