Followers
Sunday, July 25, 2010
Luangkan masa untuk diri sendiri..
"Memasak... membasuh.. mengemas rumah..."
Adalah aktiviti yang sangat sinonim dengan kaum yang bernama wanita.
"Melayan kerenah anak-anak.."
Juga adalah merupakan rutin harian wanita.
"Drebar kehormat kepada anak.."
Selepas solat subuh wanita sudah bergegas menghantar anak ke sekolah. Habis memasak tengahari terus ambil anak2 dari sekolah. Lepas makan tengahari, hantar pulak anak2 ke aktiviti kokurikulum sekolah @ tuisyen.
Dalam 5.30ptg.. ambil anak dari kelas fardhu ain @ tuisyen. Sampai di rumah, terus bergegas menyiapkan untuk makan malam.
Lepas solat maghrib terus hantar anak lagi ke kelas quran. Dalam pukul 10mlm ambil anak2.
Kebetulan suami tidak out station suami boleh tolong ambilkan anak2..
(lega la sedikit pada ketika itu.)
Sampai rumah jam sudah hampir menunjukkan jam 11.00mlm. Apa yang dia nampak ketika itu ialah hanya katil tempat dia boleh meluruskan badan setelah seharian ke sana-kemari. Itupun setelah dipastikan rumah & anak2 sudah beres semuanya. Barulah mata yang dari gelap subuh tadi celik dapat dipejamkan untuk beberapa jam sebelum bangun semula untuk rutin keesokannya.
Demikianlah rutin kebanyakan wanita dewasa ini.
Cukup mencabar.......!!!!!!
Rasanya kaum Adam pasti tidak mampu untuk melakukannya.....
Itu yang tidak bekerja di office dsbnya. Kalau yg bekerja...
Tak tahu macamana saya nak tulis di sini...
"Melayan suami tercinta adalah merupakan yang paling mencabar.."
Apa yang penting kita perlu pandai & bijak. Ini adalah kerana kebanyakan tenaga fizikal & mental kita telah kita berikan kepada:
* membersih, menghias & menguruskan rumahtangga
* melayan kerenah anak2..
* kerja2 di office....
(Kalau yg anak ramai tu... lagi la banyak tenaga fizikal & mental yg perlu diberikan.)
Yang mana kesemuanya ini sedikit sebanyak meninggalkan kesan kepada diri kita. Kesan yg saya maksudkan ialah "stress" @ ketegangan emosi.
Kalau kita tidak pandai mengawal emosi.. maka kepenatan setelah seharian ke hulu ke hilir bakal merupakan pendorong kepada berlakunya ketegangan dalam rumahtangga yang pada awalnya begitu harmonis sekali...
Kepada rakan2 wanita yanag berada di luar sana... Kita bukanlah robot @ mesin. Mesin pun perlukan masa untuk berhenti, jika tidak.. maka mesin pun akan rosak.
Apatah lagi kita manusia...
Saya cadangkan carilah sedikit masa untuk diri anda sendiri....
Masa untuk kita membelai diri kita sendiri, seperti contoh:
*Bersenam 3 kali seminggu (untuk tubuh yang sihat & cantik)
*Pergi Spa (merehatkan diri)
Kesemuanya ini adalah kerana kita sayangkan rumahtangga kita yang kita bina atas dasar
"iman & taqwa". Saya yakin sekiranya kita berikan sedikit masa buat diri kita insyaAllah kita akan semakin:
sihat.... bertenaga.... & ceria....
Friday, July 16, 2010
Bellydance baik untuk wanita..
"Jom join my bellydance cardio class...."
Pelawa saya kepada rakan2. Anda nak tahu apa jawapan yang selalu saya terima..
Berikut adalah antara jawapan yang biasa sampai ke telinga saya. Tapi saya mendengarnya dengan hati yang sanga-sangat terbuka.
Ada yang kata : "ooo.. yg gelek2 macam minah Arab tu ya..."
Ada pulak yg cakap : "Saya tak suka yg slow2 macam tu.. saya suka movment yg. laju2."
Ada tu : "I tak pandai la nak bergelek-gelek ni.."
Ada juga yg cakap : "His!! Hodohnya, badan I gemuk.. buruk bebenor kalu bergelek."
Ada pulak tu : "Eeeee... tak nak la nanti sakit & patah pinggang I."
Yang ni lagi best : "Malu dong ah !.. nanti semua orang ketawakan I."
Waduh !! Waduh!! Korang ni..
Cepat benor korang buat kenyataan. Nanti dulu..!! Sabar..!!
"Jangan cepat mengaku kalah sebelum berjuang". (Itulah antara ungkapan yang selalu mum & dad pesan masa kecil2 dulu).
"Tak kenal maka tak cinta". Samalah dengan bellydance ni. Bila betul2 sudah faham, kenal & tahu teknik sebenar, saya yakin semua wanita sukakannya.. Terutama bila dapat tahu kebaikan bellydance untuk kaum Hawa seperti kita ni.
Mula tu memang tak pandai. Lama2 pasti ok punya.. Sebenarnya sepanjang saya "conduct" kelas bellydance cardio ni tak pernah lagi ada student gelak pada student lain. Yang ada ialah dia gelak pd diri dia sendiri, sebab tengok diri dia "move" dlm cermin kat studio macam kartun..(Sbb belum pandai lagi..nanti kalu dah pandai kalah minah Arab.. )
Fasal badan gemuk pulak.. sebab tu saya ajak join kelas ni, supaya turun berat badan tu ha..
Tak la asyik gemuk sepanjang hayat. Bukan setakat tu..
Nak bergerak susah..
Nak beli baju selau nak cari yang XL @ XXL..
Sakit pinggang & patah pinggang dek kerana bellydance ni.. rasanya kenyataan yang tak betul sama sekali & layak dibuang ke dalam tong sampah.!
Kalau la sampai boleh sakit & patah pinggang, takkan lah saya yang dah berbellydance selama 3 tahun ni sihat & segar bugar ni ha.. & tak pernah pulak saya mendaftar sebagai pesakit di hospital sebagai pesakit yang patah pinggang disebabkan bergelek masa "conduct" bellydance.
Akhir sekali, jangan terlalu taksub dengan pergerakan yang laju & agresif sebab sekali sekala badan perlukan movement seperti yang terdapat di bellydance ini yang tidak terdapat dalam kelas yang lain. Terutama bahagian perut, punggung, paha dsbnya. Dalam erti kata lain seimbang.
Selain dari itu sebagai isteri, kita mesti pandai la.. berbellydance ni. Kalau tak banyak sikit pun ok.. demi untuk keharmonian rumahtangga la katakan.. hehehe.
Berikut adalah beberapa kebaikan yang diperolehi dari menyertai kelas bellydance:
1)Badan yang "fit"- Badan jadi kemas & cantik.
*Perhatian!! Jika tidak percaya, selepas mandi, cuba lihat bentuk tubuh anda
sendiri di hadapan cermin. Saya pasti bentuk tubuh anda tidak kemas atau dlm erti
kata lain lurus.. tidak "fit". Ia agak berbeza dgn mereka yang selalu menyertai
kelas bellydance.
2)Menurunkan berat badan kerana ia mampu membakar lemak antara 350-400 kalori.
3)Membentuk. Badan kita akan terbentuk dengan cantik terutama - perut akan kempis,
pinggang ramping , pinggul terbentuk dgn baik, paha & seluruh badan terbentuk dgn
cantik.
4)Menambahkan koordinasi pergerakan tangan dgn kaki-merangsang otak.
5)Keseimbangan fizikal badan.
6)Muscle tone- Bukan berketul2 macam body builder tu.. yang dimaksudkan ialah badan
kita tidak mengeleber @lembik seperti makcik2 & nenek2.
7)"Posture" -Kedudukan badan tegap & baik. Bila berjalan pun sudah pasti nampak
tegap & cantik.Tidak membongkok dsbnya yang menyakitkan mata melihatnya.
8)Menghilangkan stress setelah seharian bekerja- Dengan menyertai kelas bellydance
ini kesibukan anda di tempat kerja & di rumah dapat dihilangkan. Ini secara tidak
langsung akan memberi semangat baru untuk anda meningkatkan kualiti kerja anda.
9)Paling utama- Kita jarang menggunakan "core muscle" dalam pergerakan harian. Kita hanya banyak menggunakan pergerakan tangan & kaki sahaja. Menyebabkan perut kita tidak "fit" dan yang paling teruk makin membuncit terutama selepas berkahwin & melahirkan anak. Mulalah kita memilih baju yang besar2 untuk menutup kelemahan kita ini. Paling memelukan bila orang bertanya.. berapa bula kita mengandung..
Melalui bellydance ia mampu menghapuskan masalah ini kerana tumpuannya ialah bahagia "core" selain bahagian2 lain yang tidak dilupakan.
Jangan risau jika anda tidak pandai. Memang sudah menjadi resam dunia..
Setiap perkara yang baru kita perlu mempelajarinya dahulu. Lama kelamaan kita pasti akan menguasainya. Yang penting istiqamah.
*KELAS BELLYDANCE CARDIO SAYA:
~Setiap selasa- 9.30pg-10.30pg di Bodypower Fitness Centre, Berek 12, KB Kelantan.
~Setiap rabu - 5.30ptg-6.30ptg di Fit,Fiz & Fun aerobic Centre, Kubang Krian,KB,
Berapa banyak anda kena minum air dalam sehari..?
Jika anda mahu sihat & awet muda....
"Anda perlu minum banyak air, paling kurang 8 gelas sehari.."
Itulah kenyataan yang biasa saya dan kita semua dengar... Ada yang mematuhinya & tidak kurang pula yang mengabaikannya. Biasalah manusiakan...
Ada yang patuh & ada yang engkar..
Baru-baru ini, Jurnal Psikologi Amerika mendedahkan bahawa tidak terdapat bukti saintifik yang dapat menyokong teori "8 gelas sehari". Anda jangan silap faham kenyataan ini... Ia bukan bermaksud anda tidak perlu minum air. Air memang penting untuk tubuh manusia.
Bermakna, teori "8 gelas " sehari adalah kurang tepat, Sungguhpun demikian, bagi saya adalah lebih baik minum 8 gelas air sehari dari tidak minum langsung... Sangatlah merbahaya sekiranya seseorang sudah minum 8 gelas di waktu pagi maka dia akan mengandaikan bahawa kandungan air sudah mencukupi untuk dirinya untuk keseluruhann hari tersebut.
Apa yang saya cuba sampaikan ialah kandungan air yang kita perlu minum dalam sehari adalah bergantung kepada 2 faktor utama iaitu:
1) Cuaca pada hari tersebut.
2) Aktiviti yang kita lakukan.
Sebagai contoh, sekiranya kita melakukan aktiviti yang aktif seperti aerobik, berbasikal, berjoging dan sebagainya yang menyebabkan peluh keluar dengan banyak maka kita perlu minum air yang banyak berbanding dengan mereka yang hanya duduk dirumah melakukan kerja di rumah seperti menyapu, mengemas rumah, mencuci pinggan, bercucuk tanam dan sebagainya.
Begitu juga jika cuaca pada hari tersebut lebih panas berbanding dengan hari sebelumnya.. maka sudah pasti badan kita memerlukan air yang lebih pada hari tersebut.
Kesimpulannya badan memerlukan kandungan air yang cukup untuk membolehkan kita sentiasa berada dalam keadaan segar dan bertenaga. Kesemuanya ini bergantung kepada 2 faktor di atas iaitu cuaca & aktiviti.
Tuesday, July 6, 2010
Ruginya tidak bersenam..
"Tak sempat...."
"Tiada masa...."
"Kerja sampai petang..."
"Sibuk kerja2 rumah..."
"Sibuk dgn anak-anak.."
adalah merupakan alasan yang sangat terkenal & biasa digunakan oleh kaum wanita untuk tidak bersenam.
"Tepuk dada tanya selera.."
Muslim yang benar pada kebiasannya adalah yang sihat tubuh badannya. Terdapat 2 faktor yang terlibat iaitu:
1) faktor pemakanan
2) faktor bersenam
Allah swt telah menetapkan dalam firmannya bermaksud :
"Dan makanlah, minumlah dan janganlah kamu melampau-lampau. Sesungguhnya Dia tidak suka kepada orang yang melampaui batas." (Al A'raff:31)
Begitu juga dalam hadith Nabi saw:
"Bekas yang paling buruk bagi manusia adalah perutnya, jika ia hendak memenuhinya, hendaklah memenuhinya hanya sepertiga utk makannya, sepertiga utk minumannya & sepertiga lagi utk nafasnya." (Hadith Riwayat At tarmizi)
Dengan bersenam lemak2 berlebiha yg tidak diperlukan oleh badan akan terbakar, selain tubuh badan yang lebih cergas & mempunyai otot yang kemas. (tidak meleber)
Bermakna sekiranya kita inginkan badan yg betul2 sihat maka kita perlu melaksanakan kedua2 faktor tersebut & tidak boleh mengambil salah satu darinya.
Kebanyakan orang mampu melaksanakan faktor pertama tetapi ramai yang tidak mampu
untuk realisasikan faktor ke dua iaitu bersenam. Ada yang besenam sekali dalam sebualan iaitu bilamana jabatan tempat kerja mengadakan aktiviti senamrobik untuk kecergasan pekerja. Itu jika ada ... jika terdapat masalah maka silap-silap hari bulan 2 kali setahun atau langsung tidak bersenam.
Saya tidak dapat bayangkan bagaimana kaum hawa ini tidak menjadikan bersenam sebagai rutin mereka. Saya cukup ngeri bila membayangkan makanan berlebihan yang kita makan pada hari sebelumnya yang belum sempat kita bakar melalui aktiviti bersenam sudah kita tanbahkan lagi pada hari ini.. hari esok... dan hari-hari seterusnya...
Untuk pengetahunan bersama.. lemak berlebihan hanya akan keluar melalui aktiviti bersenam sahaja.
Dalam soal ini yang akan berada dalam kerugian ialah individu yang sering mencipta alasan. Dialah yang akan mudah mempunyai tubuh badan seperti orang yang sudah tua sebelum usianya, iaitu..
muka suram & tidak ceria..,sering lenguh2 badan..,sakit lutut.., sakit tumit.., badan & perut yang besar & tidak berbentuk lagi sebagaimana awal2 perkahwinan dulu... bak kata orang putih:
"No shape." Untuk menyembunyikannya maka baju bersaiz XL,XXL @ XXXL menjadi pilihan utama.
Selain dari itu penyakit seperti kencing manis, tekanan darah tinggi, jantung, barah, migrain & sebagainya akan datang tanpa diundang.
Rasanya tiada siapa yang menginginkan perkara tersebut terjadi pada diri, cuma kekangan masa & kesibukan dalam tugas menyebabkan kita alpa & terus mendorong untuk mencipta pelbagai alasan.
Terdapat juga yang mengambil iniseatif membeli treadkmill & bicycle statik. Syabas diucapkan kerana semangat yang ditunjukkan. Tapi sayang semangat ynag membara2 akhirnya jadi
"hangat-hangat tahi ayam." Ia cuma digunakan dengan penuh bersemangat dalam 2 & 3 minggu sahaja kerana akhirnya ia cuma sekadar menjadi bahan pameran yang diceriakan lagi dengan tuala2 bewarna-warni yang dijemur di situ setiap kali lepas mandi. Bunyinya semacam lucu.. tetapi inilah kenyataan yang berlaku.
Berita Harian pernah menyiarkan bahawa 70% wanita di Malaysia ini tidak bersenam. Mudah2an kita bukanlah termasuk dalam ketogori tersebut. Sekiranya ya.... maka langkah awal perlu kita ambil dengan kadar segera.
Maka dengan itu saya mencadangkan agar wanita yang sibuk ini memasukkan aktiviti senaman dalam salah satu rutin harian mereka. Tetapkan 2 @ 3 kali dalam seminggu untuk diri mereka sendiri... untuk beraerobik. Pilihlah kelas mengikut kemampuan diri sendiri samada bodymove, bodystep, zumba atau bellydance cardio kepada yg suka kepada pergerakan yang sedikit perlahan tetapi cukup berpeluh.). Saya mencadangkan aktiviti senaman cara aerobik yang dibuat dalam studio ini kerana di studio keadaannya tertutup, tiada percampuran antara peserta lelaki atau perempuan & wanita Muslim bebas untuk membuka tudung untuk keselesaan yang lebih & kesan yang lebih efektif.
Sesungguhnya tiada istilah terlambat... yang penting ialah kesedaran untuk berubah. Saya mencadangkan agar wanita mengambil isu ini sebagai satu yang serius kerana ia 100% melibatkan diri kita sendiri. "Cegah sebelum parah." Banyak studio aerobic yang menyediakan perkhidmatan 3 sesi, pagi, petang & malam. Kesemua ini adalah untuk memberi peluang & kemudahan kepada kita golongan wanita yang sibuk.
Maka saya mencadangkan agar sediakan pakaian lengkap untuk aerobik dalam kereta anda setiap kali anda keluar bekerja. Singgah di mana-mana studio pilihan hati anda untuk "workout" dalam masa hanya 1 jam.. semata-mata untuk pastikan tubuh kita yg merupakan amanah Allah swt ini tidak kita abaikan & sentiasa berada dalam keadaan yang baik.
Sayangilah diri kita sendiri...
Apa pandangan anda dalam isu ini...?
Subscribe to:
Posts (Atom)