Followers

Tuesday, January 10, 2012

Anggun sihat & ceria sokmo...


Gambar ini diambil sebelum saya & rakan-rakan (Tie & Za) memulakan sesi mass aerobik bersama pelajar Kolej Jururawat Kota Bharu pada 9 January 2012.

Seramai 180 orang pelajar Kolej ini menyertai sesi aerobic selama 1 jam ini.

Kami sangat gembira kerana para pelajar kelihatan begitu bersemangat & gembira sekali.
Walaupun pada awal sesi pemanasan badan, hujan turun renyai-renyai..

Pelajar pada awalnya tidak berganjak dari tempat masing2 seolah-olah hari tak hujan. (renyai-renyai) sehinggalah bila saya & rakan2 mengambil keputusan untuk berpindah ke ruangan yang berbumbung.

Kami sangat teruja dengan semangat yang ditunjukkan oleh pelajar-pelajar ini.
Semoga semangat untuk bersenam ini dapat mereka teruskan selepas ini & menjadi salah satu rutin kehidupan harian mereka.

Bersenam yang 'regular' & bukan.... hangat-hangat tahi ayam..
mampu membuatkan seseorang itu menjadi kuat dari segi fizikal & mental.
Berikut adalah beberapa kebaikan dari bersenam yang 'regular'.

Antara kebaikan bersenam ialah:
1) Menguatkan daya ingatan seseorang.
2)Merawat kemurungan.
3)Merawat & mengawal tekanan darah.
4)Tingkatkan daya ketahanan badan.
5)Merangsang aliran darah.
6)Kekalkan keanjalan & kekuatan otot.
7)Mencantikkan 'porture' badan seseorang.
8)Meningkatkan 'confidence' seseorang.
9)Awet muda.
10) Sentiasa cergas.

"Seseorang Mukmin yang kuat adalah lebih utama dan lebih dikasihi di sisi Allah swt daripada Mukmin yang lemah.: -Hadith-

5 comments:

  1. absolutely right kak...keep up the good work..love the blog.... muahhhh

    ReplyDelete
  2. hai...senamrobik indoor kt kb sekarang ni kt mana yer??

    ReplyDelete
  3. Nik Nor Syafirah Nik Amran.
    aerobik indoor di KB ada di:
    1)Enrichlife centre, Jln Dato Lundang.
    -Dari balai islam..ke hospital kbmc.. terus sedikit ke bangunan yg ke 2.
    -sebelah Hotel Budjet Gaya Warisan.
    2)Bodypower Berek 12,
    seberang Mok su nab nai air.

    ReplyDelete
  4. Nik Nor Syafirah Nik Amran.
    aerobik indoor di KB ada di:
    1)Enrichlife centre, Jln Dato Lundang.
    -Dari balai islam..ke hospital kbmc.. terus sedikit ke bangunan yg ke 2.
    -sebelah Hotel Budjet Gaya Warisan.
    2)Bodypower Berek 12,
    seberang Mok su nab nai air.

    ReplyDelete