Followers

Thursday, September 23, 2010



Hari ini adalah hari pertama Kak Lis 'conduct' aerobik dengan cikgu-cikgu di Sek. Men. Agama Naim Lil Banat Kota Bharu, Kelantan. Wah...!!! Seronok sungguh tengok cikgu-cikgu yang begitu bersemangat beraerobik.

Kak Lis buat 'basic move' sahaja. Al maklum sahajalah, cikgu-cikgu ni ada yang dah lama tak aerobik lantaran kesibukan dengan tugasan & ada yang tak pernah aerobik langsung.
Tidak adillah kalau Kak Lis buat pergerakan yang laju-laju buat permulaan ini.

Kami buat aerobik di bilik gym sekolah tersebut. Tempatnya agak luas, berhawa dingin, terdapat dunbell, 'floor mat' & mempunyai cermin yang besar. Menepati ciri-ciri sebuah studio aerobik.

Pergerakan yang Kak lis buat hanyalah:
  • step touch
  • side tap (single)
  • side tap (double)
  • double step touch
Kemudian Kak Lis tambah sedikit dengan:
  • zig zag forward
  • shimy shoulder back.
Untuk menambahkan keceriaan, Kak Lis selitkan dengan lagu & pergerakan 'bollywood'.
Memang seronok sangat.... cikgu-cikgu pun nampak cukup gembira, mungkin masing-masing membayangkan tarian bollywod dalam filen hindustan tu... hehehe

Seterusnya peserta diperkenalkan dengan sesi 'conditioning' termasuk 'floor exercise'.

Kak Lis bagitau cikgu-cikgu bahawa sesi ini adalah sangat mustahak sekiranya hendak mengemas kan otot-otot & mengempiskan perut.
" Wah.... comel doh kito lepas ni weh..." Kedenganran salah seorang berseloroh dalam loghat Kelantan, disambut dengan tawa rakan-rakan yang lain.

Nampaknya sesi ini cukup diminati kerana masing-masing begitu bersemangat untuk mengemaskan otot-otot di lengan disamping untuk mengempiskan & merampingkan perut. Sebelum sesi ini kak Lis memberikan penerangan teknik melakukan 'conditioning' yang betul agar benar-benar mencapai hasil yang diidamkan.

Apa yang Kak Lis tekankan ialah 'pernafasan' yang betul semasa melakukannya.
Sebagai contoh sesi 'crunch' (sebagaimana gambar di atas).

  1. Perut dikempiskan.
  2. Hembus nafas semasa badan di atas.
  3. Tarik nafas semasa menurunkan badan
Kak Lis benar-benar berharap semoga cikgu-cikgu kelas aerobik Naim Lil Banat mencapai tahap kesihatan yang baik semoga dapat menjalankan amanah & tanggungjawab sebagai pendidik dan sekaligus sebagai Khalifah di mukabumiNya ini.

Tahniah cikgu..!!!

Saturday, September 18, 2010

Nak kurus sampai tak makan....



Tengahari tu Kak Lis bersama beberapa orang teman rapat makan tengahari bersama di salah sebuah restoran. Sebenarnya sudah lama kami rancang nak makan sekali...al maklum aje la.. bila dah bekeluarga & bekerja, masing-masing sibuk dgn tugasan & tanggungjawab masing2.. Nampaknya tengahari tu baru diizinkan Allah swt untuk kami bertemu.

"Bagi saya nasi dgn ayam kurma & fresh orange.." Katakku pada pelayan restoran.
" Saya pun sama..." kata Ita.
" Bagi saya apple juice." kata Mira pada pelayan yg sama.
"Makan..?" Tanya pelayan itu pada Mira.
" Tak.." Jawab Mira sambil memberi isyarat tidak kepada pelayan tersebut.

" Eh..! Kau tak nak makan ke?" Takkan kau minum je... Ni dah tengahari... takkan kau tak makan apa-apa kot..?" Tanya Ita pada Mira.
"Atau kau dah makan nasi pagi tadi?" Tanya Ita lagi inginkan kepastian.

"Tak la... pagi tadi aku cuma makan roti sekeping & air kopi secawan." Jawab Mira.
"Kau tak lapar ke... ni kan dah tengahari.." Tanya Ita.
"Ha ah... waktu makan tengahari dah ni." Sampukku.

"Aku diet la... Kau tengok la badan aku ni... mcm di pam-pam. Sampai husban aku pun dah complain kata berat badan aku dah naik.. Bukan setakat tu... katanya aku dah tak se slim & se sexy macam dulu.." Kata Mira dgn muka sedih.

Bulat mata & sedikit ternganga mulut aku & Ita mendengar kata-kata Mira tu.

"Kisahnya... patut pun kau tak mahu makan... nak kurus la kiranya ni.."
Kataku dengan nada sedikit lucu. Bukan lucu kerana kegemukannya tapi lucu kerana cara yang Mira buat tu tak betul & menganyanya diri dia sendiri.

"Ish.. Ish.. Ish...yang Suami Si Mira ni pun satu... kenapalah cakap mcm tu... kecik hati Si Mira. Cari la ayat & cara yang kreatif sikit supaya Si Isteri tu tak susah hati sampai tak mahu makan..." Detik hatiku.

Teringat aku akan firman Allah swt dalam surah An Nisa' : 34

"Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita) & kerana mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka."

Maksud Kak Lis, sebagai pemimpin & sebagai ketua keluarga seharusnya lelaki (suami) bijak & berhikmah dalam tutur kata & perbuatan terutama terhadap isteri yang dikasihi.

Hidup sebagai suami isteri ni kenalah berhikmah...
bila cakap kena berpada...
jangan cakap ikut sedap mulut je...
isteri tu makhluk sepertimu juga...
bukan patung yang boleh kau hamburkan kata-kata pedih..
dia ada hati & perasaan....
jauhi percakapan dengan nada memperli...
walaupun engkau memang tak suka akan sesuatu pd diri isterimu...

sayangilah dirinya....
sebagaimana kau menyayanginya sewaktu kau melamarnya dulu..
nasihati lah dirinya dengan cara yang penuh hikmah & kasih sayang..
kerana sesungguhnya dia adalah ibu kepada anak2mu...
dia juga adalah suri hatimu yang kau pilih dari jutaan wanita2 di dunia ini..

sayangilah ia...
sesungguhnya ia akan menyanyangimu lebih dari kasihmu padanya..

cintailah ia.. sesungguhnya ia akan mencintaimu lebih dari cintamu padanya..
bercakaplah dengan lemah lembut & bersopan...
sesungguhnya ia akan menghargaimu sampai bila-bila...

"La... kesiannya kau Mira.. tak betul cara diet kau tu." Kataku pada Mira.
"Ha ah... " Sampuk Ita. Menguatkan pendapatku.
"Diet.. maknanya bukan sampai tak makan. Kalau kau tak makan langsung, bermakna tidak akan berlaku proses pembakaran lemak dalam badan kau tu.
Proses pembakaran lemak ini sangat penting untuk membuang lemak2 berlebihan kat badan kau tu ha...

Kalau kau nak turunkan berat badan, kau mesti makan. Tetapi kau kena pastikan makanan yang kau makan itu seimbang dan dalam kuantiti yang sedikit. Kemudian kau jangan lupa lakukan aktiviti senaman seperti aerobik atau apa2 sahaja paling kurang 3 kali seminggu. Payah-payah mari ikut kelas aerobik Kak Lis je..." Kataku pada Mira.
"Kalau macam ni, silap2 kau boleh dapat sakit tau..." Sambungku lagi.

Mira memandangku dengan penuh kehairanan...
"Betul..!!!! Kau percayalah cakap aku. Kau kena makan, tapi bia berpada-pada.
Contonya tengahari ni kau makan nasi.. malam nanti kau jangan makan nasi dah... cukup sekadar makan sup sayur sahaja. Ha... cukup 2 minggu kau akan lihat perubahan pada diri kau tu ha.." Kataku.

Mira kelihatan tersenyum puas...
"Dik.!!" Kata Mira sambil memanggil pelayan restoran.
"Akak nak order makanan sama mcm 2 kwn akak ni tadi." Kata Mira pada pelayan restoran.
"Ha.... macam tu la... kataku."