Followers

Thursday, September 23, 2010



Hari ini adalah hari pertama Kak Lis 'conduct' aerobik dengan cikgu-cikgu di Sek. Men. Agama Naim Lil Banat Kota Bharu, Kelantan. Wah...!!! Seronok sungguh tengok cikgu-cikgu yang begitu bersemangat beraerobik.

Kak Lis buat 'basic move' sahaja. Al maklum sahajalah, cikgu-cikgu ni ada yang dah lama tak aerobik lantaran kesibukan dengan tugasan & ada yang tak pernah aerobik langsung.
Tidak adillah kalau Kak Lis buat pergerakan yang laju-laju buat permulaan ini.

Kami buat aerobik di bilik gym sekolah tersebut. Tempatnya agak luas, berhawa dingin, terdapat dunbell, 'floor mat' & mempunyai cermin yang besar. Menepati ciri-ciri sebuah studio aerobik.

Pergerakan yang Kak lis buat hanyalah:
  • step touch
  • side tap (single)
  • side tap (double)
  • double step touch
Kemudian Kak Lis tambah sedikit dengan:
  • zig zag forward
  • shimy shoulder back.
Untuk menambahkan keceriaan, Kak Lis selitkan dengan lagu & pergerakan 'bollywood'.
Memang seronok sangat.... cikgu-cikgu pun nampak cukup gembira, mungkin masing-masing membayangkan tarian bollywod dalam filen hindustan tu... hehehe

Seterusnya peserta diperkenalkan dengan sesi 'conditioning' termasuk 'floor exercise'.

Kak Lis bagitau cikgu-cikgu bahawa sesi ini adalah sangat mustahak sekiranya hendak mengemas kan otot-otot & mengempiskan perut.
" Wah.... comel doh kito lepas ni weh..." Kedenganran salah seorang berseloroh dalam loghat Kelantan, disambut dengan tawa rakan-rakan yang lain.

Nampaknya sesi ini cukup diminati kerana masing-masing begitu bersemangat untuk mengemaskan otot-otot di lengan disamping untuk mengempiskan & merampingkan perut. Sebelum sesi ini kak Lis memberikan penerangan teknik melakukan 'conditioning' yang betul agar benar-benar mencapai hasil yang diidamkan.

Apa yang Kak Lis tekankan ialah 'pernafasan' yang betul semasa melakukannya.
Sebagai contoh sesi 'crunch' (sebagaimana gambar di atas).

  1. Perut dikempiskan.
  2. Hembus nafas semasa badan di atas.
  3. Tarik nafas semasa menurunkan badan
Kak Lis benar-benar berharap semoga cikgu-cikgu kelas aerobik Naim Lil Banat mencapai tahap kesihatan yang baik semoga dapat menjalankan amanah & tanggungjawab sebagai pendidik dan sekaligus sebagai Khalifah di mukabumiNya ini.

Tahniah cikgu..!!!

1 comment: