Lama betul saya tak menulis dalam 'anggunsihatceria'.
Sibuk la tu kononnya.
Memandangkan bulan ini bulan Ramadhan,,
maka diucapkan Salam Ramadhan untuk semua pembaca.
Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna & lebih baik dari sebelumnya.
Semoga kita menjadi umatNya yg terbaik dibulan yg penuh berkah ini serta bulan2 selepasnya.
Ok la... ramai yang bertanyakan resepi sambal kicap yg diupload di fb saya semalam.
Sebenarnya itu resepi dari mak mertua kesayangan ku.. Pn Hajah Zainab.
'Terima kasih mak kerana ajar saya buat sambal kicap."
Ya la... saya ni asal dari Pahang.. mana reti nak buat sambal kicap ni.
Nampak mcm mudah...
tapi kalau termasin... tak sedap..!
kalu termanis pun tak sedap..!
terpedas pun tak sedap..!
mmmmmmm... kena betul2 cukup rasa baru best..,!! Hehe
Ini dia bahan-bahan yg diperlukan..
1) Cili kecil 15 biji
2) Bawang putih 2 biji
3) Gula 3 sudu besar
4) Kicap masin hampir 3/4 lesung batu.
Cara-cara membuatnya:
-Tumbuk cili kecil sehingga lumat.
-Tumbuk bawang putih sehingga lumat
-Masukkan gula
-Masukkan kicap masin
-Gesek secara putaran lawan jam gula, cili kecil & bawang putih sehingga gula kelihatan agak hancur.
Setelah siap:
Keluarkan & hidang dalam mangkuk kecil.
Sedap dimakan bersama tauhu goreng, tempe goreng, soto, ubi rebus dll.