Followers

Saturday, August 11, 2012

Oh..! Aidil Fitri.
 Berbelanja adalah merupakan satu kemestian bagi manusia untuk mendapatkan barangan keperluan.
Kebiasaannya berbelanja ini menjadi berganda-ganda dari biasa terutama di musim perayaan.
Baju kalau boleh semua nak kena beli baru & ikut trand..
Al maklum aje lah.... nak menyambut hari kemenangan la katakan.


Sebenarnya ‘Idul Fitri ialah hari merayakan kejayaan bagi mereka yang :
1)melaksanakan puasa, 
2)melakukan solat tarawih dan 
3)ibadah-ibadah lain.
4)melawan & mendidik nafsu menjadi lebih baik & menurut perintah Allah swt. 

Jadi tak salah lah kalau kita meraikan hari kemenangan ini kan.....
Cuma yang menjadi sedikit terkilan ialah kita kadang-kadang "terlebih berbelanja".
Baju sampai 3 & 4 pasang sorang....
Kalau kanak-kanak tak lah dimusykilkan, ini tak..... pangkat mak2 pulak yang nampaknya 'terover'.
Ya la...... kaum wanita kan dalam bulan puasa yang paling sibuk...
Menyediakan makanan berbuka pun dia...
Menyediakan makanan bersahur pun dia...
Mengejutkan si suami pun dia...
Mengejutkan anak2 tu memang kalau bukan bulan puasa pun dah jadi rutinnya...
Mengemas dapur, rumah dan sebagainya... semua dia..
Kalau yang bekerja lagi kesian...
Jangan harap nak tidur lepas sahur... mandi2... siap-siap... hantar anak sekolah & terus ke pejabat.
Wow...!!!!! Mcm super women.... 

Si kakak pun sama... paling lekeh 3 pasang.
Si abang kurang sikit.... 2 pasang.
Si ayah mcm si abang la... 2 pasang.

Kasut lagi....
Hand bag baru jangan lupa...
Tudung .... ikut colour baju.. kalu tak.. kira tak matching pulak..
Fuyoooo....!!!! banyak nak kena beli.
Kalau anak sorang berdua kira ok lagi.
Buatnya anak 8 & 9 orang....
Mahu tak bengkok dibuatnya....!!!!!

Masa berhari raya memang seronok...
Tak ingat @ buat-buat tak ingat perbelanjaan sudah 'over budjet'.
Lepas raya yang mula la terasa keperitannya.
'Time' tu.... mula la muka pun naik mencuka... nak tunggu gaji hujung bulan depan pulak.
Aduh..!!!! Siksanya.

Sebenarnya apa yg disunatkan dalam islam ialah 'BERBAJU BARU' menyambut hari kemenangan.
Bukan beli baju brpasang2..
Berpada-padalah masa berbelanja.
Biarlah pendidikan yg kita lalui semasa di Institusi Ramadhan selama sebulan itu benar2 dapat memberi kesan dalam jiwa serta perjalanan hidup kita & ahli keluarga kita.
Janganlah bila diuji dengan keseronokan menyambut Hari Kemenangan ini menyebabkan kita lupa janji kita pada Allah swt untuk menjadi hambanya yang beriman & taat. Kerana sesungguhnya orang2 yg beriman tidak mudah melakukan perkara yang sia-sia.

"Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri - Maaf Zahir & Batin"




Tuesday, January 10, 2012

Anggun sihat & ceria sokmo...


Gambar ini diambil sebelum saya & rakan-rakan (Tie & Za) memulakan sesi mass aerobik bersama pelajar Kolej Jururawat Kota Bharu pada 9 January 2012.

Seramai 180 orang pelajar Kolej ini menyertai sesi aerobic selama 1 jam ini.

Kami sangat gembira kerana para pelajar kelihatan begitu bersemangat & gembira sekali.
Walaupun pada awal sesi pemanasan badan, hujan turun renyai-renyai..

Pelajar pada awalnya tidak berganjak dari tempat masing2 seolah-olah hari tak hujan. (renyai-renyai) sehinggalah bila saya & rakan2 mengambil keputusan untuk berpindah ke ruangan yang berbumbung.

Kami sangat teruja dengan semangat yang ditunjukkan oleh pelajar-pelajar ini.
Semoga semangat untuk bersenam ini dapat mereka teruskan selepas ini & menjadi salah satu rutin kehidupan harian mereka.

Bersenam yang 'regular' & bukan.... hangat-hangat tahi ayam..
mampu membuatkan seseorang itu menjadi kuat dari segi fizikal & mental.
Berikut adalah beberapa kebaikan dari bersenam yang 'regular'.

Antara kebaikan bersenam ialah:
1) Menguatkan daya ingatan seseorang.
2)Merawat kemurungan.
3)Merawat & mengawal tekanan darah.
4)Tingkatkan daya ketahanan badan.
5)Merangsang aliran darah.
6)Kekalkan keanjalan & kekuatan otot.
7)Mencantikkan 'porture' badan seseorang.
8)Meningkatkan 'confidence' seseorang.
9)Awet muda.
10) Sentiasa cergas.

"Seseorang Mukmin yang kuat adalah lebih utama dan lebih dikasihi di sisi Allah swt daripada Mukmin yang lemah.: -Hadith-